Showing posts with label Sekadar pendapat. Show all posts
Showing posts with label Sekadar pendapat. Show all posts

Sunday, May 17, 2009

// dengan ini, tamatnya AF7. sekian


Hakikat sebenar aku memang minat kat aril tapi aku memang rase hafiz orang yang patut menang sebab dia telah bukitkan kebolehan beliau dalam menyanyikan pelbagai rentak lagu. Lagi-lagi bila dia menyanyikan lagu P. Ramlee iaitu di manakan ku cari ganti sebuah lagu yang amat susah untuk dibawa tapi beliau membawa lagu tersebut dengan bagus sekali.

Dan malam ni, Hafiz telah membuktikan sekali lagi yang beliau boleh menjadi seorang penhibur yang sangat berkarisma dengan dua lagu yang dia bawa. Lagi-lagi single terbaru dia yang sangat best!

Aril yang tak kurang hebatnya

Tahniah kepada Hafiz dan tahniah jugak kat Aril. Persembahan dia jugak tak kurang hebatnya dari Hafiz melalui singlet terbaru dia, 'toksik'. Tapi memang betul cakap adlin, aku pun tak paham sebenarnya lirik lagu tuh. -_-'

By the way, membazir kredit aku 50sen sebab undi kau. Hahaha.. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh ikut plak AF tahun ni sedangkan tahun tahun sebelum ni aku tak jarang plak ikuti.

Akim dan Yazid bagi aku persembahan dia boleh tahan jugak. Cume aku tak berapa agree dengan lagu Dewa19 yang Yazid bawa tuh. Memang tak sesuai langsung lagu tu dengan dia. Akim sangat best masa dia perform untuk single terbaru dia. Lagu tu sedap bagi aku. Mungkin sebab aku suke dengan lagu rentak rentak macam tu.

Ape-ape pun, tahniah. Nasib baik bukan Ismah yang menang sebab aku rase dia banyak sangat ikut rentak Dato' Siti Nurhaliza.

XOXO ;
Luna Abdullah

Tuesday, April 7, 2009

// i HATE this part!

"YAASIN,
Walqura-nilhakim.
Innakala minalmursalin.
A'lasiratil mustaqim.
Tanzilal azizirrahim.
Litunziraqaumamma unzila aba uhum fahum ghafilun.

Kirim surah Yaasin ini kpd 7 insan berugama islam.
Insya Allah esok
saudara akan menerima khabar yang baik, gembira dan rezeki anda sentiasa berada di tangan anda.

JGN DELETE, Ini betul2 jadi kenyataan."

Pernah tak dalam hidup korang, korang dapat sms atau pun comment yang sebegini? Mesti pernah kan? Seriously, i really hate this kind of msg. Kenapa?

Msg/ Comments / Sms yang macam ni seolah-olah menjadi satu taruhan untuk kita. Macam nasib hidup kita bergantung kat msg macam ni. Bukanlah bermaksud aku ni jahat atau kedekut kredit, tapi korang bace ayat akhir tuh,

"Kirim surah Yaasin ini kpd 7 insan berugama islam.
Insya Allah esok
saudara akan menerima khabar yang baik, gembira dan rezeki anda sentiasa berada di tangan anda.

JGN DELETE, Ini betul2 jadi kenyataan"

Tak terase ke diri korang macam harus sent msg macam ni semata nak dapat rezeki? Bukan ke rezeki tu datangnya dari ALLAH SWT sendiri. Rezeki ada di mana-mana asalkan korang rajin berusaha dan berdoa, betul tak?

*sila angguk kalau betul.

Jadi, aku tak rasa aku sebagai umat islam harus hantar msg berantai macam ni kat semua kwn kwn aku sebab aku rasa rezeki tu ade kat mane-mane, selagi aku berusaha. Hopefully, korang sependapat dengan aku.

XOXO ;
Luna Abdullah

Thursday, January 22, 2009

// kalau kau bukan gile sex kenapa harus letak gambar sexy.market nak lebih ke?

Sekadar gambar hiasan. bukan aku ataupun dia yang aku kutuk.

Begini ceritanye. Tadi aku online myspace then adelah seorang perempuan ni aku tengok dari friends list aku yang bername vi*****la. Aku pun tak sure sejak bila dia dalam friends list aku sebab friends aku memang lebih dari 1000. Aku pun bukak lah myspace dia sebab aku tengok gambar dia macam poyo jer. Gambar duduk then posing atas katil.

Bile bukak page dia, headline dia memang menarik habis. Dia tulis/type kat headline dia, "jantan gler sex xkn d lyn..fuck off!! heloo aku x lyn inbox ok..so aku xkn rep msg..jgn suh aku komen pic n on ym ok..aku akn wt ble aku sndiri yg nak..aku ttp aku"

Lepas je aku bace headline tuh, aku terus cakap Fcuk Off. Macam hebat sangat jer minah nih.iskk...poyo pulak kan dia ni. So aku stalk pulak gambar dia. Ceh...aku ingat kan minah tak la sexy kan sebab dia tulis/type kat headline dia, jantan gile sex takkan di layan, rupe rupenye sexy nak mampus!

Sumpah aku tak tipu. Boleh tak kalau aku cakap gambar dia semua pakai singlet spageti stripe tuh and jeans jer. Semua nampak perot and pusat. Isk... Macam mane lah jantan yang gile sex tak add kau kan. Kau cakap jangan add kalau gile sex tapi cara kau pakai baju tu dah menunjukkan kau ni perempuan macam mane.

Aku bukan lah nak cakap aku ni baik or ape, tapi dah terang terang dia bagi keterangan kat headline tu, jantan gile sex jangan add so lain kali kalau nak letak gambar dalam myspace biarlah baju tu biarlah nampak sikit elok elok. Ni tak. Aku tengok ade satu jer picture kau yang pakai baju lengan panjang yang lain, sume singlet.

Kau tak bolehlah salahkan jantan gile sex add kau, sebab kau ni sexy. Dah tu, sah sah kau sure aprove laki jugak kan sebab friends list kau lebeh dari 2k.

So, kepade semua myspace, kalau nak buat headline macam si vi*****la ni buat, pastikan semua gambar korang tuh nampak elok. Bukan ape, kadang kadang orang lelaki yang gile sex tetap akan add even korang buat headline jangan add.

p/s ; pasti ade yang tertanye tanye siapa budak ni kan?so, ni aku bg lah url dia,


nota luna; ini cume pandangan aku. ape pendapat korang plak?

Friday, January 16, 2009

// eii...aku meluat!

Nak tahu tak aku meluat gile dengan pasangan ni...




Korang tanye aku kenapa?

Aku jawab eh,

sebab dorang dah kahwin lepas tu heboh kat satu MALAYA ni, sampai astro buat iklan sms untuk dorang then kahwin nak lame lame sampai kalah Dato' Siti Nurhaliza dan Dato' K.
Aku menyampah jugak bila semua magazine kat Malaysia ni letak gambar dorang jadi cover magazine untuk january or febuary. Geli mak, nok!

Nak kahwin pun nak kecoh kecoh. Entah pape entah.
Opss....lupe plak aku, mereka ni kahwin sponsor by Astro and many more.
Lagi satu, aku dengar cerita lah kan, tatau lah betul ke tak,
Mawi sekarang ni jadi duta LV Malaysia.

Haiyaaaa.....ustaz jadi duta.

Nyampah deyh!

Ekin tu pun aku rase pakai tudung sebab nak jadi bini Mawi and mungkin jugak Mawi suke kat gadis bertudung, so kenalah ekin pakai tudung takutlah nanti Mawi cari lain plak kan.

Yang sebenarnya, aku nyampah sebab dorang heboh sangat pasal Mawi kahwin ni.

Geli aku. Tengok gambar atas tu, nak masuk tempat dorang kahwin pun kena ade pass.
Gile!

Baik orang yang sponsor perkahwinan dorang ni pergi derma duit tu kat Palestine tu haa...


nota luna; kepada peminat mawi&ekin,
kau jangan terase plak.
aku nyampah habis nih!

// kang kalau aku tak update cerita ni,orang cakap "luna tak up to date"





Gambar di ambil dari sini (sile click)

Semua orang dok bercerita pasal Palestine, Israel dan boycot. Tak paham aku dengan manusia ni. Bila dah perang, baru nak bukak mate tu besar besar. iskk... Tapi nanti kalau dah habis perang ni, sikap boikot ni sure tarak punya. Tak pun sebulan dua je rakyat pasti memboikot barang barang ni nanti lame sikit takde nye nak boikot lagi dah.


Yang pasti aku rase masih banyak lagi rakyat kat luar sane dok makan McD ataupun minum di Starbucks tak pun setiap malam still dok sapu losyen baby johnson kat satu badan (macam aku tapi aku pakai bedak baby johnson jer) atau pun minum coke (tempat kerja aku bagi coke free, mcm mane? nak boikot gak ke?) ataupun guna handphone Nokia (lagi terbaik utk aku sbb aku guna handphone bodoh ni) tak pun kaum perempuan yang gila pakai make up setiap hari, pasti ada di antara jenama make up tu Loreal, Maybelline ( compact powder aku weh!) or Revlon. Takpun pagi nanti pasti ada yang minum minuman keluaran NESTLE dan malam nanti kalau lapar pasti cari MAGGI kan.


Aku sangat pasti pasal ni sebab negara kita ni selalu hangat hangat taik ayam. busyuk tuh bau taik ayam nih. lebih kurang macam tu negara kita ni.


Ingat tak kes highland tower 11tahun dulu tu, konon konon lepas kes highland tower tu kerajaan dan kontraktor dah tanak buat rumah tepi atau lereng bukit tapi....


Korang tengoklah sendiri. Ada lagi kan rumah atau pun condo tepi atau lereng bukit ni. Sampai bila terjadi lagi sekali macam kes highland tower tu (bukit antarabangsa runtuh tuh lah) baru lah nak amek serius hal-hal macam ni.


Dari situ kita dah nampak yang rakyat malaysia nih sebenarnyer hangat hangat taik ayam. Aku dapat rasekan jugak lah yang kes Palestine ni mule-mule orang semua dok bising-bising, dok kecoh sane sini, tapi nanti dalam sebulan lagi, cube korang tengok rakyat Malaysia ni, sure buat bodoh punye.



Ok..dah lari entri plak kan.



Entahlah. Aku sebenarnye tak pasti. Hak individu sebenarnye untuk memboikot ni. Cume bila dah jadi macam ni baru kita semua buka mata kan?


Aku ni orang biase je. Jadi terpulang pade hak masing masing untuk memboikot ataupun tidak. tapi kalau boleh biarlah semua orang boikot barang-barang mereka ni. yela kan, takkan lah kita nak beli barang amerika/israel, kalau kita beli jugak maknanya lebih kurang kita ni dok menghulurkan bantuan kat amerika/israel untuk musnahkan Palestine.


Gambarajah di bawah ni adalah label-label yang harus di boikot.



Jadi, korang semua fikir-fikirkan lah k.

nota luna; kesian kat budak-budak kecil
dan bayi bayi di Palestine tu.
Al-Fatihah utk mereka.

Sunday, December 21, 2008

// bila si penipu menipu.

Pernah tak korang fikir bila sekali korang di tipu oleh si penipu sampai bila-bila pun si penipu akan menipu.

Aku selalu fikir macam tu tapi kan...

Aku pernah jugak menipu, tapi yang penting aku tipu bila aku betul-betul takde alasan dan time jawab exam jer aku tipu sebab bawak "toyol" masuk exam hall.

Tipu lah kalau korang cakap korang tak pernah menipu kan? Mane ada orang tak menipu dalam dunia ni. Kita bukan rasulullah atau nabi, kita hanya manusia biasa.

Jadi macam mane eh? Ada ke orang yang menipu tu penipu sampai bila bila?

nota luna; tipah tertipu tertipu tetipah..
tipah tertipu lagi...
*konon nak nyanyi lagu ruffedge tipah tertipu tuh.
hahahahaha =))

Thursday, December 11, 2008

// kadang-kadang lelaki ni merajuk mengalahkan perempuan.

Haha...percaya tak apa yang aku cakap tu?
Betul...aku tak tipu korang. Lelaki ni sebenarnya tersangatlah sensetive.
Aku pun tak pasti kenapa dorang sangat sensetive,
yang pasti mereka memang sensetive.
Lagi-lagi kalau si lelaki tu special boyfriend korang.

Contoh nya, hari ni boyfriend aku merajuk sehari suntuk dengan aku.
Dengan alasan, aku tak kejut dia jam enam pagi tadi.
Payah betul nak pujuk jantan sorang ni.
Pagi tadi aku terjaga jam lapan, so aku mesej dia
"U, pergi kerje tak ni? Sorry lupe kejutkan. Tak sedar."
Lepas tu jam sebelas baru dia reply
"I tak kerja. I baru bangun ni."

Huahahahahahaha.....
Pasal aku tak kejutlah dia tak pergi kerja. Lepas tuh
dia merajuk dengan aku sampai petang.
Aku mesej, langsung tak balas.
Aku call, jawab nak tanak jer.
Sakit betul hati.

Last-last aku hantar mesej macam ni;

"I'm sorry kalau pasal i tak kejut, u tak pergi keje hari ni.
I bukan sengaje tanak kejut u. I tak sedar pukul enam tadi.
Penat lah i mintak maaf banyak kali tapi u still layan i mcm ni.
Kalau u rase nak mesej i, u mesej lah. I ada perasaan jugak. Tc."


Lepas tu dia reply;

"I dah maafkan u..hehe..muax.."

Cakap jer dah maafkan aku, tapi sampai malam tak mesej.
Lepas tuh, aku call dia, dia ckp dia still merajuk dengan aku.
Tekanan perasaan jer dengan dia. Dah tuh, merajuk lebih lebih.
Mengalahkan aku yang perempuan ni.

Kejap kejap suruh tunggu. Pastu bila aku cakap, "asal asyik i kene tunggu?"
dengan selambanya dia jawab, "I tengah merajuk ni. Layan lah i sikit."

Grrrrrrrrrrrrrrrr......

Nasib baik aku sayang kau.Kalau tak, memang aku dah cekik cekik dah.

Dan sekarang terbukti lah kan yang lelaki ni merajuk mengalahkan perempuan.
Sekarang ni pun aku duk still pujuk dia.
Binawe betul dia nih. Geram.....ajak keluar besok dia tanak
alasan malu nak guna duit perempuan.
Padahal aku nak belanje sebab dah bapat gaji.
Pastu boleh lah pujuk sekali.
Ngade lebih dia ni!

Tapi, alhamdulillah lah dia dah tak bandingkan aku dengan ex-gf dia.
Tu pun lepas aku agak emosi dengan dia.
Hopefully, sampai bila-bila macam ni.


nota luna; Oh, by the way aku dengan boyfie aku dah ok balik. tapi kejap jer
kut sebab aku ni selalu emo-emo dengan dia. Dia pulak selalu bz kerja.
So, aku macam tade tempat nak bermanja, aku emo lah dengan dia.
Nanti aku emo blk kat blog ni gak. Hahahaha... Bodoh punye luna!

Wednesday, November 19, 2008

// itu hanya pendapat.

Alamak, entri sebelum ni dapat sambutan lah.
Erk...tak sangka lah plak.
Terima kasih lah eh.
Hee~ ^__^

Well, as i said at the early entry,
everyone has their own opinion.
So, saya ada pendapat saya,
gadis itu ada pendapat dia.
Di sini saya hanya disagree dengan apa yang dia katakan.

*senyum lebar

Janganlah marah saya yer pakcik,
dan kapten, nak buat ape suruh saye sabar?
Saya bukan marah.
Hehehe

*gelak kecil

nota luna; semua orang punya pendapat
sendiri, begitu jugak aku.

Tuesday, November 18, 2008

// what the f**k!

MAAF, ENTRI KALI INI MENAIKKAN KEMARAHAN YANG TAK TERLALU MARAH TAPI RASA KURANG PUAS HATI DARI PENULIS. WHATHEFAK! APA-APA PUN, INI SEMUA HANYALAH PENDAPAT. MASING MASING BOLEH MELUAHKAN PENDAPAT DI COMMENT.


Aku baru je selesai membaca blog blog yang ada di seluruh malaysia ni (of course lah bukan semua orang tapi yang mana aku dapat cari orang punye blog, aku bukak aku baca.) Jadi, adalah seorang gadis ni, yang aku kira berasal dari ipoh perak mungkin, kerna itu yang ditulis di dalam myspace dia menulis beberapa perkara mengenai gig dan juga photography.

Aku agak disaggree lah dengan apa yang dia sampaikan. Bukan sebab aku benci gadis ni, tapi sebab aku rasa benda ni tak patut. Dia seperti tidak berfikiran terbuka (tapi, melalui gambar dia nampak seperti sgt terbuka dengan baju terdedah dan pierce sana sini) -_-

Aku sangat sangat dissagree dengan ayat dia yang ini ;

"Just because you have an album labeled "My photography" doesn't consider you a fucking photographer, it's not even art with your shitty ass pictures taken by your little 4.0 megapixel camera.Also, you aren't a photographer by taking pictures of your ugly self and putting them in your stupid "photography" album. "
-sila baca ayat yang telah di"bold"kan.

Dulu, sebelum aku dapat DSLR aku, aku pun gunakan camera biasa gak. Canon ape ntah, tapi 2.0 megapixel je. Gambar masih lagi boleh diterima pakai walaupun guna camera cikai dan Sue Anna Joe sendiri admit dia pernah menggunakan digital camera biasa dalam beberapa jenis gambar dia tapi masih mampu menarik perhatian orang ramai.

Lagi satu, apa salahnya kalau kita sendiri snap gambar kita dengan pelbagai ekpresi muka dengan cara yang betul dan gambar tu menjadi lawa, kita letak dalam album photography. Bukannya salah. As long as the picture so damn beautifull, so damn nice and so damn cool!

Betul tak korang? Doesn't mean you have DSLR you can said yourself is a photographer too dear (well, gadis ni memang ada DSLR, Nikon D80 or D200 if I'm not mistaken) By the way, who are you to judge people like that??

And this statement yang aku agak kurang sikit jugak lah ;

"I think most of the kids go to gigs just for the sake of showing off. Checking out chicks and dicks and whatever shit. And with the outfit that out of the world, like wtf hey this is Malaysia la wankers, you dont wear scarf shit all around your neck in Malaysia or else you'll look retarded indeed, i swear upon my grave lol. When i see a bunch of kids trying to look as silly as they are i just feel like wanna kick their ugly asses as hardest as i can. Like hey, grow up please.. You'll never look alike the Jonas Brothers, ever. "
-baca yang di"bold"kan juga.

Okay, bagi aku wearing a scarf is only a fashion. It's like music too. Dulu kita ada musik punk, which is ramai sangat pengikut punk ada. Kita jugak ada pengaruh rock kangkang yang aku rasa band paling best aku pernah lihat perfrom is revenge. Kemudian dengan musik skin dan bla bla bla. Sekarang ni musik indie dah naik kemudian hardcore pulak naik hampir setaraf dengan indie. Yang sebenarnya, aku sendiri tak paham apa itu musik indie, sebab setahu aku indie adalah short form dari perkataan indipendent. Hahaha... Whatever lah. -_-

Back to the story.

Wearing a scarf is a fashion. Macam fesyen seluar berkaler kaler pelangi dulu, macam jugak hot pants, jugak leggings yang popular, dan cermin mata yang besar besar, siap tengah tengah boleh jadi mcm tingkap nak intai orang tuh( pepaham sendiri lah. aku tak tahu nak explain ) dan banyak lagi. Ini cuma peredaran masa bercampur fesyen fesyen. So, mereka hanya mengikuti fesyen. Sama jugak dengan gadis ini sebenarnya sebab dalam gambar dia, dia pakai jugak hot pants berkaler pelangi, leggings dan jugak cermin mata itu. Eh, tak lupa jugak, dia pakai tali yang macam Lynn (Liyana Jasmay)

Jadi kepada gadis berkenaan, janganlah main tulis jer blog tu sedangkan kamu jugak pernah menjadi seperti mereka yang kamu katakan.

Ini hanya pendapat aku. Tak tahu lah orang lain punye pendapatkan. Tapi, seperti aku katakan, semua orang berhak beri pendapat sendiri.


nota luna; eh... aku bukan seorang photographer eh. aku cume
suka me"snap" reaksi orang dan jugak landscape. hehe =D
tak lupa jugak, gadis ni minat second combat macam aku.