Showing posts with label AF7. Show all posts
Showing posts with label AF7. Show all posts

Sunday, May 17, 2009

// dengan ini, tamatnya AF7. sekian


Hakikat sebenar aku memang minat kat aril tapi aku memang rase hafiz orang yang patut menang sebab dia telah bukitkan kebolehan beliau dalam menyanyikan pelbagai rentak lagu. Lagi-lagi bila dia menyanyikan lagu P. Ramlee iaitu di manakan ku cari ganti sebuah lagu yang amat susah untuk dibawa tapi beliau membawa lagu tersebut dengan bagus sekali.

Dan malam ni, Hafiz telah membuktikan sekali lagi yang beliau boleh menjadi seorang penhibur yang sangat berkarisma dengan dua lagu yang dia bawa. Lagi-lagi single terbaru dia yang sangat best!

Aril yang tak kurang hebatnya

Tahniah kepada Hafiz dan tahniah jugak kat Aril. Persembahan dia jugak tak kurang hebatnya dari Hafiz melalui singlet terbaru dia, 'toksik'. Tapi memang betul cakap adlin, aku pun tak paham sebenarnya lirik lagu tuh. -_-'

By the way, membazir kredit aku 50sen sebab undi kau. Hahaha.. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh ikut plak AF tahun ni sedangkan tahun tahun sebelum ni aku tak jarang plak ikuti.

Akim dan Yazid bagi aku persembahan dia boleh tahan jugak. Cume aku tak berapa agree dengan lagu Dewa19 yang Yazid bawa tuh. Memang tak sesuai langsung lagu tu dengan dia. Akim sangat best masa dia perform untuk single terbaru dia. Lagu tu sedap bagi aku. Mungkin sebab aku suke dengan lagu rentak rentak macam tu.

Ape-ape pun, tahniah. Nasib baik bukan Ismah yang menang sebab aku rase dia banyak sangat ikut rentak Dato' Siti Nurhaliza.

XOXO ;
Luna Abdullah