Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Thursday, December 11, 2008

// kadang-kadang lelaki ni merajuk mengalahkan perempuan.

Haha...percaya tak apa yang aku cakap tu?
Betul...aku tak tipu korang. Lelaki ni sebenarnya tersangatlah sensetive.
Aku pun tak pasti kenapa dorang sangat sensetive,
yang pasti mereka memang sensetive.
Lagi-lagi kalau si lelaki tu special boyfriend korang.

Contoh nya, hari ni boyfriend aku merajuk sehari suntuk dengan aku.
Dengan alasan, aku tak kejut dia jam enam pagi tadi.
Payah betul nak pujuk jantan sorang ni.
Pagi tadi aku terjaga jam lapan, so aku mesej dia
"U, pergi kerje tak ni? Sorry lupe kejutkan. Tak sedar."
Lepas tu jam sebelas baru dia reply
"I tak kerja. I baru bangun ni."

Huahahahahahaha.....
Pasal aku tak kejutlah dia tak pergi kerja. Lepas tuh
dia merajuk dengan aku sampai petang.
Aku mesej, langsung tak balas.
Aku call, jawab nak tanak jer.
Sakit betul hati.

Last-last aku hantar mesej macam ni;

"I'm sorry kalau pasal i tak kejut, u tak pergi keje hari ni.
I bukan sengaje tanak kejut u. I tak sedar pukul enam tadi.
Penat lah i mintak maaf banyak kali tapi u still layan i mcm ni.
Kalau u rase nak mesej i, u mesej lah. I ada perasaan jugak. Tc."


Lepas tu dia reply;

"I dah maafkan u..hehe..muax.."

Cakap jer dah maafkan aku, tapi sampai malam tak mesej.
Lepas tuh, aku call dia, dia ckp dia still merajuk dengan aku.
Tekanan perasaan jer dengan dia. Dah tuh, merajuk lebih lebih.
Mengalahkan aku yang perempuan ni.

Kejap kejap suruh tunggu. Pastu bila aku cakap, "asal asyik i kene tunggu?"
dengan selambanya dia jawab, "I tengah merajuk ni. Layan lah i sikit."

Grrrrrrrrrrrrrrrr......

Nasib baik aku sayang kau.Kalau tak, memang aku dah cekik cekik dah.

Dan sekarang terbukti lah kan yang lelaki ni merajuk mengalahkan perempuan.
Sekarang ni pun aku duk still pujuk dia.
Binawe betul dia nih. Geram.....ajak keluar besok dia tanak
alasan malu nak guna duit perempuan.
Padahal aku nak belanje sebab dah bapat gaji.
Pastu boleh lah pujuk sekali.
Ngade lebih dia ni!

Tapi, alhamdulillah lah dia dah tak bandingkan aku dengan ex-gf dia.
Tu pun lepas aku agak emosi dengan dia.
Hopefully, sampai bila-bila macam ni.


nota luna; Oh, by the way aku dengan boyfie aku dah ok balik. tapi kejap jer
kut sebab aku ni selalu emo-emo dengan dia. Dia pulak selalu bz kerja.
So, aku macam tade tempat nak bermanja, aku emo lah dengan dia.
Nanti aku emo blk kat blog ni gak. Hahahaha... Bodoh punye luna!

Tuesday, November 4, 2008

// ada apa dengan teman?


Dalam dunia ni, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. . Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

*diam

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

"Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?"

"Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?"

"Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?"


"Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?"

"Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?"

"Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?"

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

*berfikir

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Dan ingatlah, walaupun kita punya kekasih, teman paling setia..Walau kita punya harta banyak, teman paling berharga.

*senyum

Kawan, jangan risau, aku ada untuk kamu.

*senyum lebar


Jadi, bagi aku,teman itu penting walaupun hati aku milik orang lain.

Monday, November 3, 2008

// tabiat oh habit.

Siapa diantara kita semua merokok? Sila angkat tangan. Haha.. Macam cikgu cikgu pulak kan? Okay, sebenarnya hari ni aku nak terang sedikit pasal tabiat atau habit kita. Salah satu tabiat kita ialah merokok. Tak kisah lah laki ataupun perempuan, merokok tu dah jadi satu trend kan?

Biarlah aku sendiri berterus terang, aku pun sebenarnya merokok. Yes. I am a smoker. Ative smoker. Baru baru ni, aku dah berhenti hisap rokok selama sebulan (sejak bulan puasa sampai pertengahan bulan 10, tapi sejak 27 oktober, aku hisap rokok balik) tapi disebabkan "tekanan" oleh beberapa individu di keliling aku dan perihal kerja, aku mula hisap rokok kembali dengan alasan nak lepaskan tension.

Okay, berbalik dengan cerita asal, merokok sebenarnya adalah satu tabiat buruk. Malah, ia bukan setakat tabiat buruk tapi menjadikan kita ketagih terhadapnya. Mengikut majalah "Nature", ketagihan merokok yang selama ini dianggap sebagai satu tabiat 'buruk' sebenarnya merupakan satu tabiat 'ketagihan' sepertimana juga dadah-dadah berbahaya lain misalnya kokain, amfetamin dan juga heroin.

Hasil kajian telah menyelesaikan banyak kesamaran tentang kaitan kedua-dua aspek ini. Malah hasil kajian kali ini mengesahkan sekaligus bahawa rokok adalah penyebab kanser seperti mana yang telah dijangkakan mengikut kajian statistik selama ini.

Ia merupakan bukti pertama yang diperolehi dengan begitu jelas sekali. Mengikut kajian tersebut satu bahan kimia dalam asap rokok telah dikesan menyebabkan kerosakan genetik (faktor keturunan) pada sel paru-paru.

Ini menyamai apa yang diperhatikan dalam keadaan kerosakan sel berkaitan dengan banyak kanser paru-paru. Bahan-bahan ini dikenali sebagai karsinogen dan berupaya menyebabkan kanser melalui kesannya ke atas faktor keturunan.

Cuba korang semua bayangkan kesan-kesan menghisap rokok. Fuhhh...Tak terkira banyak kesannya, antaranya kerosakkan genetik. Hey..aku tanak nanti anak aku cacat. Kesian bayi itu. Kesan yang lain pula, kanser. Tidak, aku tanak mati di usia muda.

Jadi, marilah kita ramai ramai berhenti menghisap rokok.

Aku ingat lepas ni, kalau aku tension dengan banyak bende,
aku nak maki orang lah boleh tak? Sebab semua orang tak pernah fikir perasaan aku,
jadi ape gunanya aku fikirkan perasaan mereka??