Showing posts with label Funny. Show all posts
Showing posts with label Funny. Show all posts

Sunday, June 7, 2009

// Kuak lentang.

Currently listen to this song. Enjoy babeh :)



Do click 'play' button.


--------------------------------------------------------------------------------------------

Aku ; Aja, aku nak mandi kejap. Rimaslah badan melekit. Dah arr hari ni aku period lepas tu pakai plak baju baskin baru.
Aja ; Ok. Pergi la mandi. Aku online kejap.

45 minutes later.

Aku keluar bilik air.

Aja ; Weh... kau kuak lentang ke dalam bilik air tadi?
Aku ; Haaa? kuak lentang? Asal plak?
Aja ; Mandi sampai sejam. Kau berenang dowh?
Aku ; Hotak kau. Mandi lah!


--------------------------------------------------------------------------------------------


Besoknya.

Aja ; Weh... kau tau tak Apis semalam ada orang berenang dalam bilik air.
Hafiz ; Haaa?? Berenang dalam bilik air.
Aja ; A'ah. Sejam aku tunggu dia mandi kau tau. Kuak lentang arr tuh!
Aku ; Aja!!! Diam arrr!

Hafiz, Aja terus bantai gelak pastu bahan-bahan aku. Cilabi betul! Salah ke aku mandi lama weh? Aku sabun, scrub, syampu, conditioner lagi lastly pakai facial foam. Mesti arr lama kan?? Grrrrr...... Sengal!


XOXO ;
Luna Abdullah

Friday, June 5, 2009

// Sometimes you guys so funny!

If today was your last day and tomorrow was too late
Could you say goodbye to yesterday?


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tengah lepak-lepak belakang party case(tempat simpan aiskrim kek) dengan Arain, Ama, Aja dan Hafiz. Lepas tu ;

Ain ; Bang Apiz, asal tandas laki kotor? Ain tengok kat tandas tu ada macam tempias kencing.
Ama ; Laki kan kencing berdiri, memang arr ada tempias.
Ain ; Eii.. laki pengotor kan kak? (tengok aku dgn Aja sambil tengok Hafiz kerek )
Hafiz ; Mana ada ar. Bukan semua laki. Dorang yang kencing dalam tu semua tak reti nak basuh. Aku pun naik geli sebab tu la aku kencing bertenggong.
Habis semua gelak dengar penyataan jujur Hafiz tu. Mane kitorg pernah dengar pengakuan jujur lagi ikhlas tuh.

*****************

Ama ; Pis, tadi Kak Izma tinggalkan memo.
Lepas dengar Ama cakap macam tu, dia terus ke depan. Aku pelik. Pastu dia pandang kitorg pelik gak.
Hafiz ; Weh Ama, mane mop yang Kak Izma tinggalkan tu? Takde pun kat depan. (Hafiz blur)
Aku dengan Ama terus gelak macam setan.
Ama ; Weh..aku cakap Kak Izma tinggalkan memo lah bukan mop. (cakap sambil gelak-gelak dan Hafiz kekal dengan muke blur )

*****************

Tengah lepak-lepak belakang party case, Hafiz plak kat tepi pintu store(dia pakai cap hitam time ni), then Kak Izma bagi arahan ;

Kak Izma ; Apis, malam ni kau dengan syiema(aku) cuci kotak hitam. (aku angguk jer)
Then tetibe Hafiz datang kat kitorg sambil cakap,
Hafiz ; yela kak. Saye bukak laa cap hitam ni. (sambil buat muke tak bersalah)
Aku, Ama dgn Aja dah bantai gelak. Terus Kak Izma buat muke kerek sambung,
Kak Izma ; tu la kau. Akak suruh kau pergi jumpa pakar telinga orang tua tanak. Pekak lah staff staff aku ni. Akak suruh kau cuci kotak hitam lah apis!

Dan kitorg yang lain terus bantai gelak. wakakaka.... sengal siot. Kalau aku ingat balik, sumpah aku gelak sorang-sorang.

Yang sebenarnya, kitorg semua staff memang ade penyakit pekak sikit. Haha... Kalau datang beli ice cream baskin robbin kat bukit tinggi, klang sila cakap dengan kuat ye.

Sekian.

XOXO;
Luna Abdullah

Friday, May 15, 2009

//rase mcm cannot go!

Tiba-tiba hari ni mengatal tangan buka web 3R lepas tu pergi isi borang untuk jadi freshy 3R. Mengarut bukan? Tapi betul, aku dah isi dan sesungguhnya, competitors aku yang lain lagi cantik dan lawa dan menarik dari aku. Sumpah, aku memang kalah lah macam ni! -_-

Yeah!!!!! Luna cannot go!

Haaa..tengok puas puas. Aku dah isi dah weh!


Oh yeah..ni tengok video hujan kat sekolah aku tahun 2007 tak silap. Time ni aku baru je habis SPM, datang mase hari terbuke sekolah. Hujan, Bunkface, Couple pun baru nak up time ni. Memang best time ni.




Dalam video ni, siap ade ika tengah dating dengan ully dari awanband (time ni awanband tak wujud lagi). Yang cakap thank you mase last tu, yanie (niena's cousin) lepas tu ade Noh bagi tee kat Pn. Zaleha(cikgu BM @ Sejarah) aku lagi. Ustaz aku pun ade jugak last last video ni. Popular ustaz and Pn. Zaleha.Kekekeke

Pastu, kalau korang rajin, cari laa aku dalam video ni. Aku ade kat depan depan tuh. Maklum lah... fanatik hujan time ni. Miahahaha -_-

Serious shit, kalau mase boleh diputar balik, aku nak balik time ni. Sebab time ni la aku dengan bestfriends aku berkumpul.


mereka yang aku rindui. zaman sekolah zaman terbaik aku.
I miss you friends.
SMK CONVENT KLANG (5G student//2001-2006)

XOXO ;
Luna Abdullah

Sunday, May 10, 2009

// nombor bodoh menganggu ketenangan.

017-6911814
016-2013260
013-3928830

Kenal dengan nombor nombor ni tak? KAlau kenal, tolong bagitahu siape dorang. Kalau tak kenal, tolong kacau dorang. Boleh???


Hari ni, aku kene ganggu dengan budak budak tak cukup umur dan akal pemikiran. Dorang boleh miss call aku banyak banyak kali then bile aku angkat, dorang letak. Lepas tu, bile aku marah dorang marah aku balik.Dorang boleh mencarut dengan aku. Sangat fakap la kan!

Kalau tak puas hati, jumpe la aku weh. Ni setakat dalam phone cakap nak tumbuk aku. Pulak tu, dok membazircredit call aku dari tengah hari sampai malam.

Siap tanye, "ni luna kan?".
Bile aku tanye, "ni siape?" ,

korang letak terus. Haih....budak sekolah betul! Tak matang langsung. Bukan la nak cakap aku matang, tapi berfikiran lah sikit kan? Dah la suare macam budak budak sekolah. Sangat bodoh ok perangai korang tuh.

Nak cakap pulak mencarut mencarut. Main sampai bapak bapak aku plak kan? Cakap elok elok la... Kau fikir aku anak angkat, aku tak sayang bapak aku ke ape? Kau fikir bapak angkat aku ni tak cukup ajar aku ke?

Sangat unmatured laa korang ni! Kan dah kena jual nombor korang ni. Amek kau! Terus popular kat blog aku. LOL :p


XOXO ;

Luna Abdullah

Wednesday, January 28, 2009

// kalau lah boleh kurus sesenang begini.




Kalau lah boleh kurus semudah inikan bagus. Tapi ini real life, nak kurus kena diet, kena bersenam, kena beriadah dan macam macam kena lagi lah. Iskkk... macam mane nak diet kalau selera makan asek memuncak jer. Kalau takde selera pun, mesti sebab masakan yang tak sedap.

Macam mane ni???


nota luna ; nak kurus dlm sekelip mate makan pil diet
je boleh ke?


Tuesday, December 23, 2008

// hidung + lengan aku besar.

Ini gambar berangan di rumah. Bosan sungguh mase tu, so saje nak try try tripod tuh yang tangkap gambar tuh. Lepas ni nak tangkap tengah lompat sorang sorang plak lah. hahaha... Well, pape pun, cube korang tengok lengan aku tuh. Besar kan? Means, aku ni bertambah gemok. iskkk.... sejak kerja kat kedai ice cream, badan naik macam kena pam-pam jer. benci. nanti bf aku mesti lari! bluwekkkk.... gedik jer aku nih.

by the way, semalam boyfie aku buat lawak bongok lagi. kan semalam aku serba salah sebab dia patah balik g kl central kan, so aku pun dengan baik hati g topup kan hp dia. tak banyak pun, rm5 jer. baik kan aku ni. so, malam sikit, aku mesej dia.

"you, im sorry"

then dia reply balik

"i dah tol2 tak tahan dah.. bia i pergi ok.."

aku dah berdebar debar dah. dalam hati dah macam ape jer. rase mcm nak nanges jer kan.dah lah aku sayang dia sangat sangat. then aku reply lah,

"what do means?"

pastu dia reply lambat sangat, terus aku call dia. aku tanye dia,

"maksud u ape ni?'
"ape?u fikir i nak pergi mane?"
"eih..u ni, jangan lah main main. what do means?"
"u fikir ape?"
"u nak break ke?"
"i tak cakap pun nak break,i sebenarnye nak pergi berak tapi i malas."


aku plak dah,

"what?!!!"
"u yang fikir jauh sgt. i tak cakap pun nak break. i nak pergi berak lah tapi malas sebab tandas atas ni lampu dia terbakar, nak turun bawah lagi malas. i dah banyak kali kentut atas katil ni."


aku dah gelak gelak dah. benggong jer mamat ni.
pastu boleh plak dia cakap macam ni;

"kan best kalau berat jer atas katil ni then taik tuh buang kat tingkap jer ape ke. tak payah pergi bilik air."
*lebih kurang mcm tu lah ayat dia.

Aku dah...
What the fuck!
gila lah boyfie aku nih.

then kitorg end up call sebab dia nak tengok tv3 aku plak nak tengok hbo. yer yer je malam tadi dia marah sebab aku dah tade kat kl central, then dlm kul 10pm dah boleh buat lawak bodoh mcm ni. benggong jer.

p/s; b, iloveyou lah weh walaupun u memang kuat kentut!

nota luna ; kentut lah selagi tak bau jering atau petai.
nanti busuk satu rumah. hahahahaha

Thursday, December 11, 2008

// kadang-kadang lelaki ni merajuk mengalahkan perempuan.

Haha...percaya tak apa yang aku cakap tu?
Betul...aku tak tipu korang. Lelaki ni sebenarnya tersangatlah sensetive.
Aku pun tak pasti kenapa dorang sangat sensetive,
yang pasti mereka memang sensetive.
Lagi-lagi kalau si lelaki tu special boyfriend korang.

Contoh nya, hari ni boyfriend aku merajuk sehari suntuk dengan aku.
Dengan alasan, aku tak kejut dia jam enam pagi tadi.
Payah betul nak pujuk jantan sorang ni.
Pagi tadi aku terjaga jam lapan, so aku mesej dia
"U, pergi kerje tak ni? Sorry lupe kejutkan. Tak sedar."
Lepas tu jam sebelas baru dia reply
"I tak kerja. I baru bangun ni."

Huahahahahahaha.....
Pasal aku tak kejutlah dia tak pergi kerja. Lepas tuh
dia merajuk dengan aku sampai petang.
Aku mesej, langsung tak balas.
Aku call, jawab nak tanak jer.
Sakit betul hati.

Last-last aku hantar mesej macam ni;

"I'm sorry kalau pasal i tak kejut, u tak pergi keje hari ni.
I bukan sengaje tanak kejut u. I tak sedar pukul enam tadi.
Penat lah i mintak maaf banyak kali tapi u still layan i mcm ni.
Kalau u rase nak mesej i, u mesej lah. I ada perasaan jugak. Tc."


Lepas tu dia reply;

"I dah maafkan u..hehe..muax.."

Cakap jer dah maafkan aku, tapi sampai malam tak mesej.
Lepas tuh, aku call dia, dia ckp dia still merajuk dengan aku.
Tekanan perasaan jer dengan dia. Dah tuh, merajuk lebih lebih.
Mengalahkan aku yang perempuan ni.

Kejap kejap suruh tunggu. Pastu bila aku cakap, "asal asyik i kene tunggu?"
dengan selambanya dia jawab, "I tengah merajuk ni. Layan lah i sikit."

Grrrrrrrrrrrrrrrr......

Nasib baik aku sayang kau.Kalau tak, memang aku dah cekik cekik dah.

Dan sekarang terbukti lah kan yang lelaki ni merajuk mengalahkan perempuan.
Sekarang ni pun aku duk still pujuk dia.
Binawe betul dia nih. Geram.....ajak keluar besok dia tanak
alasan malu nak guna duit perempuan.
Padahal aku nak belanje sebab dah bapat gaji.
Pastu boleh lah pujuk sekali.
Ngade lebih dia ni!

Tapi, alhamdulillah lah dia dah tak bandingkan aku dengan ex-gf dia.
Tu pun lepas aku agak emosi dengan dia.
Hopefully, sampai bila-bila macam ni.


nota luna; Oh, by the way aku dengan boyfie aku dah ok balik. tapi kejap jer
kut sebab aku ni selalu emo-emo dengan dia. Dia pulak selalu bz kerja.
So, aku macam tade tempat nak bermanja, aku emo lah dengan dia.
Nanti aku emo blk kat blog ni gak. Hahahaha... Bodoh punye luna!

Monday, October 20, 2008

// oh buduh kah?

hahaha...i bet must be you guys laughing if you watch this video. Its makes me laugh. The lyrics also so funny and stupid. I advise to all of you to watch this funny video.


The first video



The second video



the third video

sorry if my englsih too bad =.=