Thursday, October 1, 2009

// entahlah...

Susahnya hidup ni. Kenapa semua ni mesti jadi kat aku? Ape yang aku dah buat salah sampai kau nak kongkong aku? Aku sedar aku ni liar. Aku sangat sosial. Hampir setiap hari aku lepak dengan member-member dan abang angkat aku kat mamak sampai pukul3-4 pagi. Tapi ape salahnya? Bukan kitorg beromen kat mamak tu. Lepak jer. Gelak-gelak, suke-suke, bahan-bahan orang, melatah. Bukan buat benda yang salah pun. Takkan tu pun nak kongkong?

Dulu kau sanggup terima aku. Kau nak aku berubah kan? Okay, aku akan berubah tapi bukan sekelip mata aku boleh berubah. Aku memang nak berubah. Nak kehidupan yang baru. Sebab tu aku terima kau. Aku tahu kau boleh ubahkan aku jadi lebih baik walaupun aku tau kau tak sempurna mana. Tapi................












Aku manusia biasa. Nak berubah tu mengambil masa. Bukan dalam masa 2minggu aku boleh terus berubah jadi baik. Aku janji aku akan berubah. Aku akan kurangkan rokok. Aku akan kurangkan lepak malam dengan member-member aku dan abang angkat aku. Tapi semua tu ambil masa nak berubah. Aku sayangkan kau. Sangat sangat! Sebab tu bila aku tahu kau dengan perempuan lain, aku cemburu. Aku minta kau lepaskan orang yang dah lama kau bersama.

Tapi tolonglah sayang, bagi aku masa untuk berubah. Aku bukan sempurna mana. Aku sedar aku siapa. Banyak yang aku tak sempurna kan? Tapi tak ada orang yang sempurna. Untuk jadi yang terbaik untuk kau pun belum tentu lagi. Berdoa lah supaya aku berubah dan aku berdoa agar hubungan kita jugak kekal macam kita nak. Amin...

Tapi.......







Andai kata kau jumpa seseorang yang lebih baik dari aku dan kau mahu kan dia, pergilah kalau itu yang kau mahu. Aku redha.


p/s; maaflah dah lama tak online. sangat 'busy' melepakkan diri
sampai takde masa nak online selalu.

XOXO;
Luna Abdullah

8 comments:

the loco's said...

2 la, dah berbulan xnampak.
releks gurls, dugaan mmg hebat, bila datang sekali. macam kena hempap batu di dada.

"lepak mana slalu?"

naqibmiller said...

take time sis...
at least kau masih ade mase...

n i s a said...

luna luna, mesti kau suka ni http://www.cherrybam.com/graphics/graphics-love/love024.gif :)

Awfie said...

unty lina berubah lah lupakan awfi ye.:(

Awfie said...

unty luna nak berubah kan pegilah lupakan awfi.:(

annfathee said...

b listen,
if he love u too dye akan tetap tunggu u berubah x kisah mane lamer pn, ,cube u yakinkan dye beribu kali, and owh ya jgn terlalu jujur sgt dgn dye nnt takot dye x boleh terime. .maybe u still new in his life. mwax!!

alif30_mjc said...

aku kan ade..ahak2

annfathee said...

like i said being single is the greatest way! lets act like u a diva!