Thursday, June 25, 2009

//semua cukup, tapi...

a gift from cz sweet heart ♥ ♥ ♥

Dari kecil sampai aku besar, aku dilahirkan sebagai seorang yang sangat sederhana. Apa yang mak abah makan, aku makan. Apa yang mereka bagi pakai, aku pakai. Susah senang aku banyak dengan mereka. Aku tak pernah pun meminta lebih-lebih. Lebih-lebih aku pun semua untuk belajar. Bukan untuk main-main bukan untuk tunjuk-tunjuk. Aku tak pernah meminta lebih-lebih. Aku membesar dari rezeki yang mereka dapat menggunakan tulang empat kerat mereka. Cukup dengan apa yang aku dapat.

Dari kecil aku telah diajar untuk berdikari. Ke mana pun menggunakan kenderaan awam, tidak pernah dihantar dan dijemput kecuali bila aku dah masuk kolej. Mungkin sebab abah paham, kelas aku tak menentu dan aku ulang-alik dari kl ke klang agak jauh. Dari kecil juga aku tidak pernah ada pembantu rumah. Mak mengajar aku dari kecil untuk masak. Masak yang cikai pun takpe asal jangan tak reti masak langsung. Abah ajar aku mengemas rumah dan bilik. Jangan bersepah dan bersawang. Buku-buku jugak harus disusun walaupun ade kalanye bilik aku sangat bersepah sekarang ni disebabkan aku tidak punya banyak waktu. Aku juga tak pernah diberi belanja yang berlebihan. Sederhana semuanya. Kereta tidak pernah mewah. BMW, AUDI,MERCES bukan untuk family aku. Cukup dengan kereta kecil-kecil, asal senang untuk ke mana-mana.

Dari kecil jugak aku diajar untuk menghormati orang sekeliling. Untuk hormat orang tua, kawan kawan. Yeah. Aku banyak belajar untuk menghormati orang dan kadang-kadang disebabkan hormat itu aku selalu dipijak, dipermainkan. Sehingga lah aku besar ni, aku dah malas nak hormat orang sekeliling aku yang sangat angkuh. Sungguh! Aku penat betul nak menghormati orang tapi orang lain tak pernah hormati aku.

Aku hanya berpura-pura aku tak sedih di depan korang tapi dalam hati aku korang semua tak tahu ape yang aku rasa.

Cukuplah. Aku penat. Rasanya, aku mahu away tapi aku tak betah. Susahkan hidup ni. Perit.


p/s: untuk yang pernah terasa dengan apa yang aku cakap, sorry lah.
jangan jadi gampang boleh tak? korang pernah fikir perasaan orang
lain tak sebelum buat sesuatu? mula-mula minta maaf then gaduh balik?



XOXO;
Luna Abdullah

7 comments:

the loco's said...

credit to this post.

Luna Abdullah said...

credit?knape?

Shahrul Tanaka said...

bersyukur ape yang kita ada..
nobody perfect sis!

Luna Abdullah said...

yeah. i know. nobody is perfect but orang sekeliling yang tak paham

xXBeNXx said...

same like me.. ;(

BabyJane[The Juliet] said...

pedulikan mereka yg tak faham tu sayam
janji u tahu who u r
kalau diorg nak terasa dgn ape yg u ckp diorg sgt bodoe dan bkn kawan u sbb tak knl u mcm mne
:)

Luna Abdullah said...

ben; kite kan slalu same? :p

babyjane; yup.itu yang i try buat skrang ni. pedulikan apa orang kata. janji aku tahu ape aku buat kan sayam :)