Monday, December 22, 2008

// Maaf, aku sedar itu mungkin salah aku.

Begini, petang tadi kan aku dah post blog yang kononnya hendak berjumpa dengan boyfie, tapi petang tadi jadi satu masalah yang sangat sangat aku tak sangka.


Ceritanya, aku dah janji nak jumpa boyfie kat kl central. kebetulan dia balik lalui kl central dan aku jugak begitu. maka, aku pun teringin lah berjumpa.

Lama aku tunggu kat kl central, aku dah call bagitahu kat dia aku tunggu depan meredien hotel tempat yang aku jumpe dia dulu, aku fikir dia dengar.
jadi aku tunggu sampai jam 7.30pm.
tunggu punya tunggu, dia tak sampai. nasib nana ada temankan aku.

Dah lama sangat aku tunggu, aku call dia.
5,6 kali aku call dia tak angkat.
Last last dia angkat, dia cakap dia dah gerak nak balik kajang dah, dah dalam train dah.

Aku terus terdiam sampai hampir mengalir air mata aku.
Sedih betul bile jadi mcm tuh, sedangkan aku mahu jumpa dia.
mahu bercerita tentang aku dimarahi lect aku masa presentation petang tadi.
sedih betul aku.


Kemudian, aku dengan berat hati, ajak nana pulang terus.
Sungguh, aku tidak punya semangat.
Sampai je kat tempat tunggu,
aku terus menangis.
Nana pujuk aku.


Masa tu aku terus hantar mesej kat boyfie aku;

"Sampai hati u buat i macam ni kan! Fade up i dengan u tau tak!! Tak pk prasaan I langsung."


Kebetulan pulak, time tuh boyfie aku takde credit.
Memang aku saja nak lepaskan marah lah.
Then aku balik lah terus naik train.

Bila aku dah sampai stesen subang jam 8.35pm,
nombor ini 0322749356 call aku. Aku pun jawab jela dengan nada datar.
Rupe-rupenya boyfie aku yang call.
Dia cakap dia dah ade kat KL central. After aku bagi mesej macam tu,
dia yang ade kat salak selatan patah balik ke KL Central semata-mata nak jumpa aku.

*terharu

Aku jadi serba salah sebab aku dah ade kat subang dan beberape stesen lagi nak sampai ke klang. Aku terus jadi sayu, tak semena-mena, air mata aku gugur ke bumi lagi.

Sayang, I mintak maaf kalau I buat you macam tu.
Seriusly, aku tak sangke dia patah balik semate-mate sebab aku mesej macam tuh.
Bertuah sungguh badan aku dapat dia.
Sungguh, aku sangat terharu dengan tindakkan dia.

Dan sesungguh nya, i rase serba salah sangat sangat,
dah lah u penat pergi kerja pastu tambah dengan perangai emo i macam ni,
mesti u lagi penat kan syg.


nota luna; bertambah sayang aku kat dia.
tak sangke sangat.terharu!

4 comments:

Shakina Amirudin said...

bagus la
;)
happy for u

Huda Luna said...

wah...sweet nye bf kmu tu eh..

sggup die bsusah pyh patah blk smata2 krn gf die...

bkn sume laki sggup wat mcm tu tau..
tnyata la die sgt2 syg kn kmu...

:P

Kapten Luffy said...

dalam bercinta kena banyak sabar... apa lagi dah kawen

Luna Abdullah said...

eh...belum kawen lagi lah kapten!